Kaya... Kaya... Kaya...

on February 1, 2010
Salam buat readers yang sudi meluangkan masa untuk membaca isi di dalam blog yang tidak seberapa ini huhu... Terima Kasih sebab sudi singgah huhu..

Teringat pada zaman sekolah rendah, masih segar dalam ingatan walau sudah bertahun meninggalkannya. Namun mengapa aku kurang merasa rindu dan seronoknya zaman sekolah dahulu? Entahlah...
Sampai hari ini Harith ingat apa yang Norashikin pernah sebutkan, "Dah besar nanti, aku tanak jadi kaya. Sebab bila dah kaya nanti, aku takut aku sombong, bongkak,dsb." Dalam usia setahun jagung kata orang-orang tua, E-kin boleh kata sebegitu. Ada betul apa yang E-kin katakan, kebanyakkan individu yang dikurniakan kekayaan di dunia ini cukup sukar untuk merendah diri. Alhamdulillah pada mereka yang "mengikut resmi padi, makin berisi makin tunduk" dan moga-moga dilembutkan hati mereka yang angkuh untuk kembali kejalanMu Ya Allah. Sewaktu ayat berkenaan ditiupkan pada telinga, Harith sering berfikir sehingga dewasa kini. Jika dikurniakan aku menjadi kaya, adakah perkara yang sama bakal berlaku? Kerana ujian pada si kaya dunia adalah kekayaan itu sendiri, manakala ujian pada yang fakir adalah pada kedaifannya sendiri.Cukup adil Tuhan menurunkan ujian kepada umatnya. Satu sifat yang aku sendiri takut ialah, tidak pernah cukup dengan satu. Belum menjadi kaya lagi sudah diturunkan dengan ujian ini, Allah maha mengkehendaki dan jika Allah kata Ya, maka Ya merupakan jawapannya. Aku semakin alpa denganmu Ya Allah, kerana inginkan sehalus-halusnya perkara, semakin besar jaraknya aku denganMu. Bersederhanalah dalam melaksanakan sesuatu dan hindarkan sifat mazmummah. Ya Allah, jauhkanlah aku dari anasir-anasir yang mengganggu imanku,akalku,fizikalku, dan Kau jadikanlah aku dalam kalangan orang yang soleh. Amin.

HaritH

1 comments:

Kak Mahh said...

Jiwang karat juga....

Post a Comment