Silap langkah ke?

on February 1, 2010
Salam pada yang membaca...

Tadi baru lepas menjelajah Facebook dan seronok dan gembiranya melihat mereka tersenyum dan gembira dengan suasana yang baru iaitu suasana universiti. Disitu mereka mula belajar erti hidup berdikari yang kononnya sudah tersemat dalam diri. Namun tak lekang juga ada yang mengeluh tanpa henti dengan langkah yang mereka ambil. Sekali lagi aku melihat diri dalam cermin hati, 'betul ke perjalanan yang aku sedang ambil ni?', 'macam mana kalau silap?',  'masa tak boleh kembali seperti yang kita kehendaki'... Pelbagai jenis suara beralun sehalus-halusnya untuk menyatakan keraguan ini. Berdasarkan pencapaian dan diri sendiri di sekolah, rasa seperti tiada nafsu lagi untuk belajar seperti dahulu. Pelbagai spekulasi telah difikirkan dan pelbagai bentuk tuduhan dilakukan. Aku menuduh persekitaran yang tidak serius, Aku tuduh adik-adik aku buat bising menyukarkan ilmu untuk masuk ke minda, aku tuduh diri kaunselor sebab meyakinkan aku untuk menetap bersama, aku tuduh pelbagai perkara, hanya untuk menyedapkan hawa ego yang semakin tinggi dari fikiranku. Sehalus-halusnya ego aku melawan situasi, mendatangkan kesangsian dan keburukan. Tapi aku lupa kenapa aku di sini, di SMK Batu Muda. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan penyayang. Bukan semua pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Universiti dan Kolej itu hasilnya indah. Terdapat juga segelintir pelajar yang terkena penangan "kejutan budaya" dan semakin terpesong dari agama sendiri. Terdapat segelintir yang menghalalkan yang haram, segelintir yang membunuh sesama sendiri dengan fitnah, segelintir yang mendedahkan keaiban, segelintir yang menyangkal yang benar dan mengagungkan yang dusta. Ada hikmah disebalik perlaksanaan, sepatutnya aku bersyukur kerana masih terselamat dari perkara sebegitu. Alhamdulillah, kumpulan kecil kami yang mengambil STPM tahun ini semuanya matang berfikiran dan Insyallah berjaya ke Menara Gading dengan iltizam yang tinggi. Doakanlah perjuangan kami dalam menduduki ujian dunia ini. Sesungguhnya aku bersyukur kerana berada disini. Di sekian waktu, aku akan berfikir sekali lagi seperti ini dan aku sudah kenal puncanya. Panik puncanya...

HaritH

0 comments:

Post a Comment