Pak Noh Tukang Besi

on January 27, 2010
Hikayat Pak Noh Tukang Besi...
Assalamualaikum....

Disini teman nak cerita tentang riwayat hidup seorang tukang besi yg dilahirkan di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak yang bernama Mohd Nor B. Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Noh dan dalam kalangan anak-anak muda memanggil Ucu Noh.. Riwayat hidupnya sebagai tukang besi bermula selepas dia berkahwin dgn seorang wanita yg bernama Mardziah Bt. Mat Hisin atau nama lainnya Bee dan terus menetap di Kampung Paloh, Layang-Layang Kiri, Parit , Perak.

Selain bertukang besi, beliau juga bersawah dan menoreh getah. Namanya disebut-sebut disekitar Perak Tengah kerana kepakarannya dalam membuat pisau, golok bersarung berulukan kepala burung, membuat pisau getah dan macam-macam peralatan tajam mengikut permintaan.

Dengan bantuan dari pihak MARA, beliau membina bengkel di depan rumahnya sendiri. Saban hari ada saja orang-orang kampung ataupun kawan-kawannya yg datang untuk membaiki pisau ataupun sengaja datang untuk melihat beliau bertukang sambil berbual-bual kosong. Beliau tak pernah kedekut ilmu, sesiapa saja yg ingin belajar, akan diajarnya.

Beliau bertukang besi sehingga berumur dalam lingkungan 70an. Kesihatan yang tak mengizinkannya utk terus bekerja seperti biasa¸beliau mengidap penyakit kencing manis. Secara perlahan-lahan bertukang besi menjadi kerja sampingannya kerana tidak kuat lagi. Setahun lebih selepas isteri tercinta meninggal dunia, beliau pergi mengadap Ilahi, iaitu pada tanggal 21hb Oktober 2009, pergi untuk selamanya bersama ilmu dan kepakaran di dada.

Berakhirnya riwayat seorang yang bernama Noh Tukang Besi, yang mempunyai banyak ilmu pertukangan besi.

Wassalam

Tulisan : Bonda

<<< Rumah arwah Opah dan Atok













Pak Noh yang disebutkan itu adalah Datuk meha sendiri. Rindu dengan arwah, andai diberi peluang untuk bejumpa lagi. Akan ku peluk seerat2nya kerana kasih akan mereka. Semoga Allah merahmati dan menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman, Amin

1 comments:

Post a Comment