Entri kali ini berbahasa Malaysia..
Pertama sekali Harith nak ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua yang mengunjungi blog yang hidup segan mati jangan ni.
Setahun sudah berlalu dan pelbagai perkara, cerita, peristiwa dan sebagainya telah mengisi kekosongan 2009. Dari masa ke semasa manusia menimba sesuatu yang baru dan pelbagai pengalaman dan ilmu dapat disemat ke dalam dada. Rasa terlalu pantas masa berlalu, Tahun ini HaritH akan berusia 19 tahun dan hala tuju ku masih belum bisa ditetapkan. Hampir semua rakan seperjuanganku sudah menetapkan matlamat hidup mereka untuk menjadi sesuatu yang mampu dibanggakan. Aku masih disini, seperti si buta yang mencari cahaya. Cahaya yang mampu menerangi sepanjang hidupnya. Dimanakah cahayaku? Pelbagai jenis racun yang menghinggap di fikiranku. Minda yang baru merasai sesuatu yang baru diracuni pelbagai idea. Racun yang disuntik merupakan racun yang nyata. Adakah aku hidup pada dunia fantasi kosongku? Aku seorang manusia yang lemah, sering takut akan risiko. Takut akan penyesalan akan datang, namun usahaku seperti mencurah air ke daun keladi. Usaha yang tiada impaknya. Silapkah langkahku, haruskah aku meneruskan dunia yang masih aku diami? Timbul bibit penyesalan dalam langkahku, namun aku juga tak ingin mengorbankan masaku. Kerana masa lebih mahal dari emas dan permata kerana ada pasang surut pada harganya. Namun, tiada harga untuk masa kerana tiada cara untuk kembali ke hari semalam. Manusia sekeliling akan mengatakan aku beremosi apabila membuka kisah sebegini ketika tahun baru. Padahal, inilah masanya untuk kita membuka minda kita seluasnya untuk memperbaiki perkara yang berkarat sepanjang tahunnya. Pabila tahun baru menghinggap dalam kehidupan seseorang, akan timbul persoalan tentang azam yang ingin dilaksanakan dalam wadah 2010. Terlaksanakah azam yang disebut dan dibanggakan? Bagaimana masa lalu? berjayakah dengan azam yang menggunung tinggi. Pusingan bumi kian pantas dan perjalanan hidup kian berubah. Aku masih disini, di situasi yang mengelirukan ini. Pangkat diberi, tanggungjawab dibebankan. Bahu yang memikul menyembah bumi, mencecah tanah yang berlumpur. Bersediakah aku mengharunginya? Jika diberi pada yang lain, dimana masa untukku? Jika ku endahkan peluang ini adakah peluang lain untukku? Inikah dilema? Selama ini, aku sering ingin menjadi dewasa dan "indipendent". Itu yang ku tanam dalam mindaku. Namun aku tidak menyedari akan kekosongan yang bersama sepanjang usahaku. Keluhan demi keluhan aku luahkan, apakah yang ku dapat dari keluhan. Sudah sampai masanya aku mencuba sebuah perubahan atau aku teruskan sesuatu yang biasa kepada luar biasa. Risiko adalah sahabat pada perubahan dan tekanan akan menjadi sahabatku. Aku memohon pada Tuhan maha kuasa, berikanlah aku kuasa untuk mengharunginya. Aku manusia yang tidak akan puas akan sesuatu, sentiasa dahagakan kepuasan yang abadi. Sakit memikirkan sesuatu, perit lagi mengalami sesuatu. Biarlah ianya menjadi titik hitam yang lampau kerana disitu terletaknya pengalamanku. Ku akhiri semuanya dengan sebuah harapan, harapan baru pada suasana yang baru. Doakanlah perjalananku, perjalanan baru yang bakal aku pilih dan mengubah dunia hitamku. Ini bukan luahan atau keluhan, ini adalah titik hitamku.
Harith
A revert's thoughts on LGBTQ
7 years ago
4 comments:
Happy New Year ^.^
Thanks Dinda :D
warkah berlagu pilu.. hahahahaha
haa! azam baru untuk tuan tanah. hidupkan blog :)
Post a Comment