Yanie Mentor pulang ke Rahmatullah...

on March 21, 2010
Masih ingatkah anda pada peserta Mentor yang merupakan Protege kepada Ning Baizura.
Beliau juga pernah berganding dengan Nikki dan Ning Baizura dalam persembahan di Anugerah Era pada tahun 2005 untuk lagu berjudul DRAMA.
Beliau adalah Yanie atau nama sebenarnya Siti Suriane Julkarim
Bagi yang tidak mengenali beliau, lihat gambarnya di link ini >> Yanie



Sekitar jam 6 petang, Harith terbaca sebuah blog terkemuka yang menyatakan kembalinya seorang bintang ke Rahmatullah. Yanie atau nama sebenarnya , menghidapi ketumbuhan pada paru-paru selama empat bulan di Hospital Keningau,Sabah. Berita ini disahkan oleh Ning Baizura setelah dia mendapat berita daripada suami arwah (Sumber daripada Klubkidd).

Selepas berkahwin, Yanie terus senyap dari industri dan harini dapat berita macam ni. Huh sedihnya...
Buat pembaca yang beragama Islam, sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham dan ucapan Takziah dari Harith Say's, semoga rohnya dirahmati oleh yang Maha Esa, Insya-Allah.

Al-Fatihah

UPDATE:
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan berhampiran kediaman keluarganya di Tanah Perkuburan Sembulan, Kota Kinabalu pada tengah hari ini, sebagai kesempatan kepada keluarga terdekat untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.


HaritH

0 comments:

Post a Comment