on January 27, 2010
Hikayat Pak Noh Tukang Besi...
Assalamualaikum....

Disini teman nak cerita tentang riwayat hidup seorang tukang besi yg dilahirkan di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak yang bernama Mohd Nor B. Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Noh dan dalam kalangan anak-anak muda memanggil Ucu Noh.. Riwayat hidupnya sebagai tukang besi bermula selepas dia berkahwin dgn seorang wanita yg bernama Mardziah Bt. Mat Hisin atau nama lainnya Bee dan terus menetap di Kampung Paloh, Layang-Layang Kiri, Parit , Perak.

Selain bertukang besi, beliau juga bersawah dan menoreh getah. Namanya disebut-sebut disekitar Perak Tengah kerana kepakarannya dalam membuat pisau, golok bersarung berulukan kepala burung, membuat pisau getah dan macam-macam peralatan tajam mengikut permintaan.

Dengan bantuan dari pihak MARA, beliau membina bengkel di depan rumahnya sendiri. Saban hari ada saja orang-orang kampung ataupun kawan-kawannya yg datang untuk membaiki pisau ataupun sengaja datang untuk melihat beliau bertukang sambil berbual-bual kosong. Beliau tak pernah kedekut ilmu, sesiapa saja yg ingin belajar, akan diajarnya.

Beliau bertukang besi sehingga berumur dalam lingkungan 70an. Kesihatan yang tak mengizinkannya utk terus bekerja seperti biasa¸beliau mengidap penyakit kencing manis. Secara perlahan-lahan bertukang besi menjadi kerja sampingannya kerana tidak kuat lagi. Setahun lebih selepas isteri tercinta meninggal dunia, beliau pergi mengadap Ilahi, iaitu pada tanggal 21hb Oktober 2009, pergi untuk selamanya bersama ilmu dan kepakaran di dada.

Berakhirnya riwayat seorang yang bernama Noh Tukang Besi, yang mempunyai banyak ilmu pertukangan besi.

Wassalam

Tulisan : Bonda

<<< Rumah arwah Opah dan Atok













Pak Noh yang disebutkan itu adalah Datuk meha sendiri. Rindu dengan arwah, andai diberi peluang untuk bejumpa lagi. Akan ku peluk seerat2nya kerana kasih akan mereka. Semoga Allah merahmati dan menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman, Amin
on January 10, 2010
Seminggu sudah meninggalkan Tahun Baru 2010, Stress sudah pun datang kembali untuk menjadi sahabat sepanjang tahun ini. Tak banyak perkara menarik yang berlaku sepanjang minggu pertama ni and banyak pula yang tak seronok tentang minggu ni tapi nak cite yang seronok dulu huhu..



Firstly, bertemu semula ngan 'The Pioneers' hehe.. Rindu la gak haha..







<< Gambar open house tahun lepas huhu





Secondly, Dapat kelas baru haha... hurm tapi kelemahannya ialah kalau duk dalam tu boleh lemau sebab takde ruang pengudaraan yang baik haha..
Nanti lepas redecorate Harith akan snap lagi hehe...














Science student got their new class to huhu.. But Kayra kata kelas tu macam kelas tahanan sebab kecik dan duk 2 orang je haha... Ali, dun noty2 ok hehe..





Thirdly, Harith di paksa jadi Pengerusi rumah sukan Syahbandar haha... kalah la syahbandar haha...
Sorry la syahbandar, takde idea camna nak create kemenangan dari korang but I'll do my best.

Forth, Isnin haritu kami semua telah ke kota untuk mencari baju uniform F6 dan nampaknyya tak semua jumpa baju tu termasuk Harith sendiri tak jumpa baju haha.. but the best thing is we had our first lunch in 2010 at SOGO food court (Lunch ke kalau dah pukul 5 lebih haha), the Sizzling was so cair and kurang memuaskan tapi oleh kerana semua dah lapar bantai je haha... I'll update the pic later sebab kamera fara huhu..
Ok habis benda yang menyeronokkan.

Perkara yang kurang menarik sepanjang seminggu pertama ialah:-
-Exam akan diadakan pada minggu ke 3 bulan ini.
-Tertekan dengan nota dan lambat habis silibus.
-Peraturan di sekolah bertambah ketat dan semakin menyusahkan, bukan kerana tak boleh ikut tapi melampau.
-Seoang guru telah disisihkan ke tingkatan 4.
-Dilema untuk menambah IT ke dalam list STPM atau lupakan IT dan berhijrah dari minda IT kepada Minda Bisnes.

Hurm, tak bape ingat plak apa yang berlaku kat sekolah haha.. apa2pun doakan Harith berjaya dalam semua perkara yang Harith lakukan hehe..

HaritH

p/s: kenapa tak tulis dalam bahasa Inggeris? kerana Harith tak punya masa yang cukup untuk menulis dalam bahasa inggeris. (Sebab still merangkak dengan english huaaaa...)
on January 2, 2010
Entri kali ini berbahasa Malaysia..

Pertama sekali Harith nak ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua yang mengunjungi blog yang hidup segan mati jangan ni.


Setahun sudah berlalu dan pelbagai perkara, cerita, peristiwa dan sebagainya telah mengisi kekosongan 2009. Dari masa ke semasa manusia menimba sesuatu yang baru dan pelbagai pengalaman dan ilmu dapat disemat ke dalam dada. Rasa terlalu pantas masa berlalu, Tahun ini HaritH akan berusia 19 tahun dan hala tuju ku masih belum bisa ditetapkan. Hampir semua rakan seperjuanganku sudah menetapkan matlamat hidup mereka untuk menjadi sesuatu yang mampu dibanggakan. Aku masih disini, seperti si buta yang mencari cahaya. Cahaya yang mampu menerangi sepanjang hidupnya. Dimanakah cahayaku? Pelbagai jenis racun yang menghinggap di fikiranku. Minda yang baru merasai sesuatu yang baru diracuni pelbagai idea. Racun yang disuntik merupakan racun yang nyata. Adakah aku hidup pada dunia fantasi kosongku? Aku seorang manusia yang lemah, sering takut akan risiko. Takut akan penyesalan akan datang, namun usahaku seperti mencurah air ke daun keladi. Usaha yang tiada impaknya. Silapkah langkahku, haruskah aku meneruskan dunia yang masih aku diami? Timbul bibit penyesalan dalam langkahku, namun aku juga tak ingin mengorbankan masaku. Kerana masa lebih mahal dari emas dan permata kerana ada pasang surut pada harganya. Namun, tiada harga untuk masa kerana tiada cara untuk kembali ke hari semalam. Manusia sekeliling akan mengatakan aku beremosi apabila membuka kisah sebegini ketika tahun baru. Padahal, inilah masanya untuk kita membuka minda kita seluasnya untuk memperbaiki perkara yang berkarat sepanjang tahunnya. Pabila tahun baru menghinggap dalam kehidupan seseorang, akan timbul persoalan tentang azam yang ingin dilaksanakan dalam wadah 2010. Terlaksanakah azam yang disebut dan dibanggakan? Bagaimana masa lalu? berjayakah dengan azam yang menggunung tinggi. Pusingan bumi kian pantas dan perjalanan hidup kian berubah. Aku masih disini, di situasi yang mengelirukan ini. Pangkat diberi, tanggungjawab dibebankan. Bahu yang memikul menyembah bumi, mencecah tanah yang berlumpur. Bersediakah aku mengharunginya? Jika diberi pada yang lain, dimana masa untukku? Jika ku endahkan peluang ini adakah peluang lain untukku? Inikah dilema? Selama ini, aku sering ingin menjadi dewasa dan "indipendent". Itu yang ku tanam dalam mindaku. Namun aku tidak menyedari akan kekosongan yang bersama sepanjang usahaku. Keluhan demi keluhan aku luahkan, apakah yang ku dapat dari keluhan. Sudah sampai masanya aku mencuba sebuah perubahan atau aku teruskan sesuatu yang biasa kepada luar biasa. Risiko adalah sahabat pada perubahan dan tekanan akan menjadi sahabatku. Aku memohon pada Tuhan maha kuasa, berikanlah aku kuasa untuk mengharunginya. Aku manusia yang tidak akan puas akan sesuatu, sentiasa dahagakan kepuasan yang abadi. Sakit memikirkan sesuatu, perit lagi mengalami sesuatu. Biarlah ianya menjadi titik hitam yang lampau kerana disitu terletaknya pengalamanku. Ku akhiri semuanya dengan sebuah harapan, harapan baru pada suasana yang baru. Doakanlah perjalananku, perjalanan baru yang bakal aku pilih dan mengubah dunia hitamku. Ini bukan luahan atau keluhan, ini adalah titik hitamku.

Harith